Monday, 25 June 2012

Istana Cinta Bertiangkan Tautan Kasih


Salam pembuka bicara..Saya Nor Khalida binti Zulkiffly berumur 20 tahun,lahir tanggal 14 mei 1992 persembahkan istana cinta saya,,hehe...Kesejahteraan keluarga menjamin kebahagiaan saya juga..Aiikkkk..'skema'nya saya...Btw semoga pembaca sekalian dapat mengenali saya berdasarkan titipan puisi di bawah..unik kan pengenalan family saya...hehe perasan plak..^_^


Ibu....
Sejuk mata memandang ..^_^
Sutera kasih yang kau rentangkan menyedarkan aku,
Betapa besar pengorbanan yang kau hulurkan,
Tanpa sedikit pun perasaan menuntut kembali apa yang telah kau korbankan,
Aku bersyukur kepada Ilahi kerana kau ibuku,
Jasamu tiada terbalas,tiada terbeli,tiada tara dan tiada nilainya...

Kasih ibu membawa ke syurga..
Wahai ibu,,terima kasih ku ucapkan kerana bersiaga menjaga aku,
Sejak dari pangkuanmu sehingga aku berhak melihat dunia dalam sedar,
Izinkan aku kembali ke pangkuanmu bagi memperoleh teduhnya kasihmu,
Mengelak kerasnya permainan dunia yang berputar...
Syukur padamu YaAllah,kau kurniakan aku ibu yang mencintai diriku....^_^

Bapa....
Tiada kata yang mampu kuucapkan untuk mempamerkan cintaku,
Arwah Abah..Al Fatihah
Hanya 1 yang mampu kuluahkan,,kau bapa terbaik antara yang terbaik,
Sesingkat manapun kita bersama,kau la raja hatiku yang paling agung,
Walau kau tiada di saat ku menempa nama di menara gading
Kelak,,pasti ku julang namamu bersamaku menempa kejayaan di persada dunia

Sama2 sedekahkan Al Fatihah pada junjungan
Nabi Muhammad S.A.W dan juga sanak saudara yang
sudah kembali ke Rahmatullah..
Acap kali ku terlihat manusia mencium bapanya,sungguh ku ingin sedemikian,
Namun ku sedar Kau lebih menyayanginya melebihi diriku,
Wahai raja terulung,akan ku titipkan doa agar dirimu tenang di alam sana,
Hanya kerna doa  menjadi saksi rasa cintaku padamu
Terima kasih Allah kerna mengurniakan aku seorang bapa yang tiada galang gantinya..


Buat Kekanda2ku....
Terima kasih kerana menjagaku seperti bintang yang memagari bulan,
Kalian merupakan anugerah terindah buat diriku yang serba kekurangan,
Bukan niatku membisu seribu kata tanpa sepatah bicara,
Terkadang kalamku bisu setelah bicara kita menapakkan noktah,
Namun kalian adalah kekanda2ku yang tiada tandingannya...







Saturday, 16 June 2012

Tepuk Dada Tanya Selera

Jika asas perkahwinan adalah kerana harta, maka pasangan bakal bercerai jika ekonomi dalam rumah tangga merudum dan muflis.

Jika asas perkahwinan adalah kerana kepuasan nafsu, maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di bilik tidur tidak memuaskan.

Jika asas perkahwinan kerana kecantikan wajah dan tubuh badan, pasangan akan lari apabila rambut beruban, muka kerepot atau badan jadi gendut.

Jika asas perkahwinan kerana anak, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika hati (anak) tidak hadir.

Jika asas perkahwinan kerana keperibadian, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

Jika asas perkahwinan kerana cinta, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti mati atau pergi.

Namun,

Jika asas perkahwinan kerana ibadah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya. Allah mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya

Coretan Usang Mengusung Diri Menongkah Keperibadian...

Kala aku ditemani senja,malam mula menghampiri..
Cemburu ketika aku dibelai angin lalu,angin sepoi bahasa
Lambaian bulan dan bintang seiringan berjanji setia pada malam yg kelam...
Sejenak ku terfikir akan umat manusia merangkap hamba Allah S.W.T....
Kadang manusia lupa tanah mana mereka berpijak
Tidak terlintas menjadi seperti bulan dan matahari..malam dan siang..
Setia pada yang satu..
Landasan hidup hanya berpandukan nafsu duniawi s’mata..
Berdiri gagah dalam alam maya yang tiada bayang petunjuk....
Menanti refleksi diri namun terkaku seketika..
Bayang tidak mengenal diri..
Akhirnya....jasad rebah menyembah bumi..
Tiada pegangan yang dihulurkan..
Kerana kebongkakan menguasai dasar jiwa........